Header/Flash Banner

Dikongsikan gambar sekitar Program Penghijauan Malaysia Sempena Banci Pertanian 2024 yang diadakan di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) pada 17 Disember 2023 (Ahad).

YBhg. Dato' Sri Dr.Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan YBhg. Dr. Ismail Hj. Parlan, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menanam spesis pokok Beruas (Garcinia hombroniana) di tapak semaian ILSM bersempena dengan pelaksanaan Banci Pertanian 2024.
Pada program itu, sebanyak 350 batang anak pokok ditanam di tapak semaian seluas 0.68 hektar dengan 220 batang anak pokok merupakan sumbangan FRIM manakala selebihnya pula adalah sumbangan warga DOSM.
Antara spesis pokok yang ditanam ialah pokok buah dan pokok hutan termasuk pokok jambu, cermai, beruas, sentul, jering, pelung, gajus, kantan, meranti tembaga dan meranti seraya.
Bersama-sama hadir adalah Puan Hajah Nazaria Baharudin, Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial dan Pembangunan Teknikal); Datin Seri Rozita Talha, Timbalan Ketua Perangkawan (Program Ekonomi), dan agensi-agensi kerajaan sekitar negeri Perak.







Previous Post Next Post