Header/Flash Banner

Kursus Persaraan

11- 13 Julai 2023
Sedang berlangsungnya Kursus Persaraan yang melibatkan peserta seramai 26 orang dari Ibu Pejabat DOSM dan DOSM Negeri. Antara Tenaga Pengajar yang dijemput pada kursus kali ini adalah Puan Cik Harlyanty Arifin daripada Unit Psikologi Bahagian Khidmat Pengurusan DOSM, Puan Sameerah Roseley daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Encik Muhammad Hatim Mohd Khairudi dan Encik Muhammad Azhraf Mohd Azhar daripada Bahagian Pencen di Jabatan Perkhidmatan Awam, Puan Yunny Hasfaniza Hussain dan Puan Norhazlinda Sani daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) serta YBrs. Dr. Ritawati Sukaime dan Puan Khasturi a/p Benniah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Semoga kursus ini dapat memberi pendedahan kepada peserta mengenai persediaan menghadapi alam persaraan dari segi kesihatan fizikal dan mental, pengurusan kewangan, memahami dengan lebih lanjut pembayaran pinjaman perumahan dan mengetahui segala faedah serta ganjaran yang boleh diperoleh selepas bersara.



















Previous Post Next Post