Header/Flash Banner

 Kursus Keterampilan Diri Berhadapan dengan Responden

25-27 Julai 2023
Sedang berlangsungnya Kursus Keterampilan Diri Berhadapan dengan Responden yang melibatkan peserta seramai 19 orang dari Ibu Pejabat DOSM, DOSM Negeri, Kader DOSM di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tenaga Pengajar yang telah dijemput pada kursus kali ini pula adalah daripada INTAN Wilayah Timur, Puan Wan Nina Naddia Wan Abas.
Semoga kursus ini dapat memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan imej dan keterampilan penjawat awam melalui kod etika pemakaian, pemilihan tatahias yang sesuai dan cara berkomunikasi yang berkesan apabila berhadapan dengan responden.
















Previous Post Next Post