Header/Flash Banner

Kursus Training of Trainers (TOT) Sustainable Development Goals kepada Focal Person SDG DOSM Negeri

7-9 Mac 2023 Sedang berlangsungnya Kursus Training of Trainers (TOT) Sustainable Development Goal kepada Focal Person SDG DOSM Negeri melibatkan seramai 45 peserta daripada Kumpulan Kerja Latihan Ibu Pejabat DOSM dan DOSM Negeri. Encik Che Kodir bin Baharum, Pengarah Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli, Kementerian Ekonomi juga turut diundang sebagai Tenaga Pengajar jemputan. Semoga kursus ini dapat memperkasakan pengetahuan dan kemahiran Focal Person, memberikan pengalaman berkaitan SDG terutamanya maklumat SDG yang terkandung dalam soalan-soalan survei dan banci, memberi pendedahan kepada Focal Person untuk mengenalpasti indikator SDG yang tersedia di peringkat negeri dan daerah serta melaksanakan promosi SDG dan juga dapat melatih Focal Person tersebut menjadi Tenaga Pengajar/memberi kursus/spokesperson berkaitan SDG pada masa akan datang.
















Previous Post Next Post